yeah , novel terbaru yang ku beli , ayceh , beli jumaat 14 october , habis hari ahad 16 october . ada 64 bab . ada 460 muka surat . hahaha ! style tak ? nampak tak kebosanan yang terserlah untuk budak yang BARU HABIS PMR ni ! :D
sumpah bosan ! baca novel je la .. dah la tak bole text dengan * .. :'(
nak keluar dengan kawan macam malas pulak ..
Tak pe , mei lae saya kenalkan novel baru saya ni ! :)
DOSA SEMALAM
Kasih sayang lebih bernilai dari berlian segala .
Keperibadian yang terjaga menjadikan Nurul Hanim disayangi sentiasa .
Walaupun kehidupan tak semewah mana , senyuman tetap terukir di mata semua .
Kehadiran Tuan Ariff Aris mengubah segalanya .
Tanpa kerelaan titik hitam ditinggalkan si teruna membuat Nurul Hanim merana .
Keluarga membuangnya , masyarakat mencemuhnya .
Kemunculan Izan menyelamatkan keadaan tetapi kedukaan masih memburunya .
Ketika hati menjeruk rasa , muncul pula Doktor Yusuf cuba mengait cinta dan sekali lagi Nurul Hanim diduga . Hadirnya Aidil Afiq tanpa dipinta belum mampu membuat Nurul Hanim tersenyum sama .
Hatinya masih tertanya - tanya dimana silapnya . Hanya dia dan Tuan Ariff Ariss yang tahu siapa yang berdosa . Nurul Hanim perlu bangkit tetapi bagaimana ?
Sampai bilakah Nurul Hanim harus hidup dalam dakapan semalam ?
Dosa Semalam cuba di rawat tetapi apa kesudahannya hanya terletak ditangan Nurul Hanim .
Berjayakah Nurul Hanim menggapai pelangi yang dinanti dan siapakah yang
akan merungkai dosa semalam ini ?

No comments:
Post a Comment